Wednesday 9 May 2012



JANGAN MAKAN KEPAK AYAM....KALAU PERCAYA...

Kisah Benar “Bahaya Kepak Ayam Pada Wanita”

Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.

Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.
 
           -NUR RUSYDA BT. ABAS-

Sunday 6 May 2012

Pantun Buat Guru


Anak kancil pergi berguru
Tidak terbiasa kerja yang sia;
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang;
Tanpa guru siapalah kita.
Ibarat malam tanpa bintang.

Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka;
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan;
Kasih guru akan muridya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Meski Utarid kabur pandangnya,
Hanya percaya kuasa Tuhan;
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.

Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terpikat;
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

TAHUKAH KAMU UMAT ISLAM.....???

1 . Satu hari malaikat maut melihat kita sebanyak 366 kali sehari.
2 . kita seharusnya mengingati tentang kematian sekurang-kurangnya 20 kali sehari.
3 . Maklaikat maut datang mengambil nyawa manusia itu mengikut amalan manusia itu,
4 . tahukah kamu apabila kamu tidak mendengar azan berkumandang, diakhirat kelak kamu akan diheret atau        ditarik dan telinga kamu akan dimasukkan air panas yang mengelegak sehingga dapat menghancurkan otak kamu.
5 . Roh yang tidak diterima oleh ALLAH akan dihantar dibumi untuk menerima penyeksaan diatas dosa2nya.

Nur Farhana Bt Othman

AMALAN RASULULLAH

1 . Memberi salam tdak mengira pangkat darjat umur mahupun paras rupa.
2 . Suka kepada bau wangi-wangian.
3 . Tidak pernah berbohong walaupun dalam gurauan.
4 . Bangun sebelum subuh dan menunaikan solat2 sunat terlebih dahulu.
5 . Berdoa sebelum makan dan minum.

Nur Farhana Bt Othman

rapuh-opick

  -NUR RUSYDA BT. ABAS-

BILA WAKTU TELAH BERAKHIR

Nur Farhana Bt Othman 

TAUBAT

Nur Farhana Binti Othman

BATASAN AURAT

Nur Farhana Binti Othman

PESANAN RASULULLAH

Nur Farhana Binti Othman

cintai rasulullah

nur farhana binti othman

UMAT ISLAM PERLU GIGIH BERUSAHA

Umat Islam perlu gigih berusaha

Setiap hari kita bekerja tetapi kadangkala kerja kita hanya berada pada tahap 'biasa-biasa' atau sederhana saja dan kita boleh berpuas hati dengannya. Jika ada tugas memerlukan lebih masa diambil pula, kita sering mengeluh atau lebih senang untuk mengelaknya.

Ia seperti suatu lumrah dan kebiasaan naluri sedangkan pada masa sama, keinginan dan harapan pelanggan serta majikan semakin tinggi untuk mengejar pelbagai bentuk kejayaan atau keuntungan. Justeru, perlulah gaya dan budaya kerja diperbaiki terutama dengan semangat dan azam yang kuat.

Sememangnya kejayaan atau al-falah adalah matlamat dihasratkan setiap insan. Namun, perlu diingat bahawa pada zaman penuh persaingan dan cabaran ini, bukan usaha semata-mata yang menjamin kejayaan dan menjadi ukuran tetapi yang dikerjakan secara bersungguh-sungguh, dedikasi dan komited dengan mengutamakan usaha berteraskan kualiti berterusan itulah kuncinya.

Ketekunan, kesungguhan atau komitmen bekerja menjadikan kita mulia di sisi Allah. Nilai ini perlu terus disemai dan disegarkan dalam pemahaman diri kerana ia berlawanan dengan sifat mudah mengalah, meminta-minta, menyerah kepada takdir, bekerja sambil lewa dan mudah berpuas hati.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan katakanlah: bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang Maha Mengetahui yang ghaib dan nyata, lalu diberitakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." (Surah al-Taubah, ayat 105)

Walaupun apa yang dikerjakan itu berat dan imbuhannya pula sedikit atau tidak setimpal, namun ia lebih tinggi dan mulia di sisi-Nya. Pelbagai kisah dan peringatan Rasulullah SAW boleh dijadikan penyuntik semangat untuk bekerja dengan komited.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jika salah seorang antara kamu mengambil tali kemudian pergi ke gunung, lalu kembali dengan seikat kayu di belakangnya, lalu menjualnya, Allah akan menjaga maruahnya, itu adalah lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang ramai sama ada diberi ataupun tidak." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menggambarkan kegigihan usaha menjadikan seseorang itu mulia maruah dan harga dirinya di sisi Allah walaupun kemiskinan dan kesusahan dilalui sering dipandang rendah bahkan hina di mata segelintir manusia.

Bahkan Rasulullah SAW memuji utusan Abdul Qais yang apabila ditanya apakah makna maruah diri, mereka menjawab, maruah itu adalah kesucian dan pekerjaan (yang baik).

Dalam konteks hari ini, kejayaan umat Islam yang komited bekerja bukan saja untuk menyara kehidupan atau mencari kepuasan diri, malah ia mampu memelihara maruah, imej bangsa dan agama. Jihad inilah sering kali terlepas dalam perkiraan fikiran apabila kita sering memikirkan 'periuk nasi' dan nasib sendiri semasa bekerja.

Usaha secara komited juga diletakkan pada tahap jihad ke jalan Allah seperti mana Kaab bin Ajrah meriwayatkan, Rasulullah SAW berjalan bersama sahabat di depan seorang lelaki yang dikagumi kesungguhan dan ketekunannya bekerja oleh sahabat.

Lalu ditanyakan kepada Baginda sama ada apa yang dikerjakan itu adalah di jalan Allah? Maka Baginda bersabda: "Jika dia keluar bekerja untuk keperluan anaknya, maka dia keluar di jalan Allah. Jika dia keluar bekerja untuk ibu bapanya yang sudah lanjut usia, maka dia di jalan Allah, jika ia bekerja untuk menyucikan dirinya, maka dia keluar di jalan Allah. Tetapi jika dia berusaha kerana riak dan untuk bangga diri, dia keluar di jalan syaitan." (Hadis riwayat Tabrani)

Komited juga bermaksud melakukan sesuatu tugas secara berterusan walaupun berada dalam zon selesa ataupun sengsara. Peringatan Rasulullah SAW teruskan menanam jika terdaya untuk berdiri walaupun hari kiamat telah tiba adalah gambaran kualiti dan komitmen kerja.

Namun, bekerja dengan komited bukan semata-mata bergantung kepada kesungguhan dan ketekunan tetapi hendaklah selaras dengan kualiti atau piawaian ditetapkan syarak. Dalam piawaian Islam, kualiti adalah fardu kerana tanpa kualiti sesuatu tindakan boleh menjadi tidak sah.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah mewajibkan kebaikan atas segala sesuatu, maka jika kamu membunuh, bunuhlah dengan cara paling baik, apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan cara paling baik. Hendaklah seseorang di antara kamu mengasah pisaunya dan merehatkan sembelihannya." (Hadis riwayat Muslim)

Marilah kita menguatkan tekad berusaha dan bekerja secara 'luar biasa' dengan strategi komited bagi memenuhi piawaian kualiti mencapai kejayaan semaksimum mungkin yang dijanjikan Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan masing-masing memiliki darjat menurut apa yang mereka kerjakan. Dan agar Allah mencukupkan bagi mereka (balasan) pekerjaan mereka, sedang mereka tiada dirugikan." (Surah al-Ahqaf, ayat 19)

-HANIS SYAMIRA BT HAJARUL SOFIAN-

DOSA TINGGAL SOLAT


Home » » Dosa meninggalkan solat

Dosa meninggalkan solat

Semua orang yang mengaku beragama Islam sebenarnya sedar tentang kewajipan melakukan solat. Namun, ramai yang kesedarannya hanya bermain di hujung lidah sahaja. Tidak turun ke hati dan dizahirkan dengan perbuatan.

Maka, bukan suatu yang ganjil sekiranya kita dapati orang yang beragama Islam, namun gagal mendirikan solat. Mungkin kerana malas ataupun jahil akan akibatnya.

Sekiranya Islam itu diumpamakan sebagai rumah, maka tiang yang menjadi tunjang kepadanya ialah solat. Demikianlah perumpamaan yang telah dibuat oleh Rasulullah SAW dalam menyatakan peri pentingnya solat dalam kehidupan beragama seseorang muslim.

Ia sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama”. (riwayat Baihaqi)

Justeru, sesiapa yang meninggalkan solat walaupun mengerjakan ibadah-ibadah yang lain seolah-olah memiliki rumah yang indah dan mewah, tetapi tidak mempunyai tiang yang kukuh untuk menjaminnya kekal teguh.

Maka, lama-kelamaan rumah tersebut akan runtuh dan musnah menyembah bumi. Perumpamaan ini begitu signifikan sekali sekiranya dikaitkan dengan realiti masyarakat Islam yang ada pada hari ini.

Bukan sedikit yang meninggalkan solat walaupun tetap melakukan ibadah yang lain seperti menunaikan zakat dan berpuasa di bulan Ramadan.

Sebahagian mereka pula pada umumnya tidak meninggalkan solat, tetapi lalai serta alpa dalam mengerjakannya dengan kata lain suka melengah-lengahkan solat dan bersolat di akhir waktu.

Sebahagian lagi walaupun mendirikan solat namun gagal untuk menumpukan hati dengan penuh khusyuk dan tawaduk ketika melakukan solat. Solat hanya menjadi rutin biasa dalam kehidupannya tanpa memberikan kesan yang positif kepada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Bahkan, semakin hari mereka semakin jauh dari agama Allah SWT. Akhirnya, di atas kealpaan dan kelalaian ini, maka mereka digolongkan dalam neraka bersama dengan azab yang tidak terperi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Kecelakaanlah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya. (al-Maa’un: 4-5)

Allah SWT juga berfirman yang bermaksud: (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang. (al-Muddathir: 43)

Meninggalkan solat merupakan dosa yang boleh menghampirkan seseorang itu dengan kekufuran. Ini adalah kerana, solat adalah penghubung seseorang hamba kepada penciptanya.

Sekiranya solat tidak dikerjakan, maka terputuslah hubungan dengan Allah SWT. Bukti seseorang itu masih beriman kepada Allah SWT ialah solat. Ini dapat dilihat dari firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada tuhan selain Aku. Dan dirikanlah solat itu semata-mata untuk mengingati Daku. (Taha: 14)

Bahkan, ada beberapa hadis yang menyatakan bahawa seseorang itu boleh dianggap kufur sekiranya meninggalkan solat. Antaranya, hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah r.a menyatakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Antara seorang lelaki Muslim dengan syirik dengan kufur kepada Allah, ialah solatnya yang ditinggalkan. (riwayat Muslim)

Hadis lain yang memperkatakan tentang kekufuran akibat meninggalkan solat dengan sengaja asalah: “Perjanjian antara kami dengan mereka itu adalah solat, maka sesiapa yang meninggalkannya, maka kufurlah dia”.

Namun, terdapat perbezaan pandangan di kalangan para ulama berhubung hukum meninggalkan solat dengan sengaja, sama ada kufur atau berdosa besar.

Pandangan-pandangan ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:

1. Golongan pertama berpandangan bahawa orang yang meninggalkan solat secara sengaja, namun tidak mengingkari tentang kewajipannya dikira sebagai berdosa besar (fasiq). Tetapi dia tidak dianggap kafir.

Sebaliknya, orang yang meninggalkan solat dalam keadaan dia menafikan kewajipannya akan dianggap sebagai kafir.

2. Golongan kedua pula berpandangan bahawa meninggalkan solat secara sengaja atau malas boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kafir, bukan berdosa besar.

Justeru, orang yang meninggalkan solat itu perlu untuk mengucap kalimah syahadah semula dan bertaubat dengan dosa kekufuran tersebut.

Daripada kedua-dua pandangan ini, pandangan pertama dilihat lebih tepat. Ini kerana, perkataan kufur atau kafir dalam hadis-hadis tersebut bermaksud melakukan dosa besar.

Walaupun begitu, ini bukanlah bermaksud kita boleh meninggalkan solat sewenang-wenangnya. Ia tetap dosa besar dan boleh mengundang murka daripada Allah SWT.

Solat yang ditunaikan secara sempurna seperti yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW menjadi asas penting kepada kecemerlangan didunia dan di akhirat.

Menerusi solat seseorang itu dididik dan dilatih agar sentiasa mengingati Allah, memperbanyakkan zikir, istiqamah dengan amalan soleh, berdisiplin dengan waktu, menjauhkan kemungkaran dan sebagainya.

Pendek kata, dengan mendirikan solat dan menghayati makna di sebalik solat itu menjadi asas kepada kebahagiaan hakiki di dunia dan di akhirat.

-HANIS SYAMIRA BT HAJARUL SOFIAN-

TINGGALKAN PERKARA TIDAK BERFAEDAH

Tinggalkan perkara tidak berfaedah

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Daripada keelokan Islam seseorang ialah meninggalkan barang yang tidak berguna padanya.” (at-Tarmizi)

Begitulah pesanan Nabi Muhammad SAW. Pesanan yang cukup ringkas tetapi meninggalkan maksud mendalam buat umat Islam.

Di dalam Islam, meninggalkan sesuatu yang tidak berguna pada diri, kehidupan dan agamanya adalah sesuatu perkara yang menjadi tuntutan, elok dan bagus diamalkan.

Berdasarkan huraian kebanyakan ulama, secara keseluruhannya hadis ini menerangkan perkara yang tidak berguna itu adalah umum, namun pada masa sama ia menjurus pada percakapan manusia yang suka berbual mengenai sesuatu yang tidak berfaedah.

Apa lagi, percakapan manusia begitu mudah menjurus kepada bencana atau kerosakan seperti timbulnya fitnah, melaga-lagakan antara manusia atau mengumpat cela sesama jiran, kawan atau rakan sepejabat.

Masyarakat Melayu sendiri mempunyai bidalan tepat bagi menggambarkan kesan akibat percakapan yang tidak berguna ini iaitu ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’.

Mungkin perspektif terhadap sesuatu itu, sama ada berguna atau tidak, adalah perkara subjektif atau bergantung pada cara kita membuat tanggapan terhadap perkara berkenaan.

Namun, sebagai manusia yang diberi akal fikiran, tentu kita dapat membuat penilaian apa yang berguna untuk diri kita dan apa pula yang tidak berfaedah.

Nabi SAW bersabda lagi: “setiap perkataan anak Adam adalah bencana atasnya, tidak baginya (iaitu tiada yang bermanfaat baginya), kecuali menyuruh dengan kebaikan dan melarang dari kejahatan dan ingat pada Allah Azzawajalla.” (at-Tarmizi dan Ibn Majah)

Dalam persoalan meninggalkan barang yang tidak berguna itu, sahabat nabi pernah melahirkan kehairanan terhadap isu berkenaan.

Rasulullah SAW ketika menerangkan perkara berkenaan pada Sufyan al Thauri memetik ayat al-Quran: “Tiada kebaikan pada kebaikan daripada bisikan-bisikan mereka kecuali orang yang menyuruh dengan bersedekah atau kebaikan atau perdamaian antara manusia.” (Surah An-Nisa: 114)


-HANIS SYAMIRA BT HAJARUL SOFIAN-

SKIPPING CARA BERSENAM YANG MUDAH

Skipping cara bersenam mudah, murah,menguatkan tulang

Adakah anda ingat kali terakhir anda bersenam dengan menggunakan tali skip? Jangan sesekali pandang remeh pada tali skip. Walaupun murah, ia mampu membakar lebih banyak kalori daripada yang anda fikirkan.

Tahukah anda, melompat menggunakan tali skip merupakan antara senaman yang dapat mengurangkan berat badan dengan efektif.

Sebanyak 70 hingga 110 kalori akan dibakar dalam satu sesi menggunakan tali skip selama 10 minit manakala 1,000 kalori terbakar jika melakukannya selama sejam.

Senaman tali skip membantu memperbaiki sistem kardiovaskular, memberikan stamina, fleksibiliti dan membina sistem koordinasi dengan lebih baik dan berkesan menerusi gabungan minda dan kemahiran secara serentak.

Ia juga cara senaman berkesan bagi menguatkan tulang, otot paha, pinggul dan betis selain meningkatkan paras kalsium sekali gus membantu mencegah osteoporosis.

Berikut tip ketika melakukan senaman menggunakan tali skip.

Bersenam Tali Skip

Tip skipping

* Lakukan aktiviti regangan dan pergerakan memanaskan badan sebelum memulakan senaman.

* Pegang kedua-dua hujung tali di antara ketiak dan siku lalu pijak ia bagi memastikan ukuran yang sesuai. Sekiranya berlebihan, simpul tali mengikut kesesuaian.

* Digalakkan melompat hingga ketinggian tidak melebihi 30 sentimeter.

* Sertakan muzik.

* Bagi menguatkan otot kaki, selalu melompat dengan menjengketkan kedua-dua belah kaki dan melompat setempat.

* Tukar cara melompat daripada sebelah kaki, kedua-dua belah kaki, skip, berlari-lari anak atau mengangkat lutut setiap 30 saat bagi mengelakkan penat atau bosan.

* Jika penat, perlahankan pusingan tali dan pastikan tumit kaki diletakkan ke lantai sebelum melompat semula.

-HANIS SYAMIRA BT HAJARUL SOFIAN-

HAPUS LEMAK PERUT BUNCIT

Hapus lemak perut buncit D'Apple Fiber



Langkah pertama untuk mengatasi perut buncit dan sembelit.... jika tidak membersihkan dalaman badan secara betul melalui sistem membuang lemak, toksin dan minyak dari badan.

D'Apple Fiber...Fungsi utama:

1. Melegakan sembelit

2. Mengempiskan perut buncit

Pembersihan usus ialah langkah pertama untuk mencegah sembelit dan mengempiskan perut

Bahan buangan semakin terkumpul dalam usus disebabkan cara pemakanan yang tidak tetap dan terlalu kuat makan. Ini adalah satu faktor yang menyebabkan sembelit. Oleh itu pembersihan usus ialah langkah pertama untuk mencegah sembelit dan perut buncit.


Kesan setelah pengambilan D'Apple Fiber selepas 1-5 hari

1. Sewaktu pembuangan najis banyak (mungkin berbau busuk dan berwarna hitam)

2. Pembuangan lebih daripada sekali - Masalah sembelit bertambah baik

Selepas 15 hari

1. Toksik semakin berkurangan

2. Lemak, minyak, lendir yang tak diperlukan semakin terbuang

3. Perut semakin kurang buncit dan badan semakin langsing

Produk D'Apple fiber yang berharga RM69.90 SM dan RM75.90 SS mendapat sambutan di kalangan pengguna lelaki dan wanita yang menghadapi masalah perut buncit. Ramai yang berjaya mendapat perut kempis dengan cara pengambilan yang betul. Keberkesanannya terbukti melalui testimoni pengguna yang mendapat perut yang lembut dan kempis.

D'Masha mempunyai teknologi terbaru satu kelainan yang mesti dicuba bagi yang mengalami masalah berat badan (obesiti). Sekiranya anda sedang tercari-cari produk diet atau diet formula untuk turunkan berat badan Try 2 Slim adalah jawapan tepat. Minuman yang sempurna bagi yang inginkan badan langsing secara sihat bertindak memberikan rasa kenyang atau mengurangkan pengambilan makanan.

Berkesan untuk kuruskan badan tanpa kegemukan semula. Formulasi Try 2 Slim yang berharga RM69.90 produk yang mendapat kelulusan kementerian dan halal selamat digunakan. Formulasi dari Roselle Extrak, Aloe vera dan Mirifica kaya dengan khasiat untuk tenaga dan memberi rasa kekenyangan semula jadi tidak kira bila waktu yang diperlukan anda boleh tentukan bila masa anda mahu diet sama ada pagi, tengahari atau malam. Bancuh satu paket dengan segelas air suam atau sejuk biasa dan diminum.

Pengambilan selepas sarapan pagi atau bila bila masa yang sesuai untuk berdiet. Atasi obesiti dengan Try 2 Slim serta pengambilan yang disyorkan. Untuk kesan yang lebih efektif pengambilan bersama D'Apple Fiber amatlah disyorkan kerana D'Apple Fiber mempunyai serat yang tinggi dalam proses pembuangan lemak yang tidak diperlukan.

-HANIS SYAMIRA BT HAJARUL SOFIAN-

RESEPI MAKARONI BAKAR


Bahan-bahan ( 5 )

  • 300gm macaroni
  • 250 gm daging cincang
  • 4 biji telor (pukul kembang)
  • 3 sudu rempah kari
  • 2 labu bawang besar
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • sedikit keju parut
  • minyak utk menumis & garam

Cara-cara

  1. rebus makaroni hingga empuk & toskan
  2. kemudian panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukan daging & kacau rata hingga daging masak
  4. Selepas itu masukkan susu garam dan gula. Kacau rata
  5. Masukan makaroni air dan kacau hingga mendidih.
  6. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.
  7. Tuangkan telor dan taburkan keju. Bakar selama 180 C (45 minit}
-NURUL ALYA SALBIAH BT CHE AHMAD

RESEPI LASAGNA SIMPLE


Bahan-bahan ( berganting kpd saiz dish )

  • 1 bungkus daging / ayam kisar
  • 1 tin sup tomato
  • 1 - 2 tin sup cendawan
  • 1 botol bolognese sauce ( brand maggie dlm paket pun ok tp kena bancuh air / brand kimball murah)
  • 1 tin cendawan butang
  • mix vegetables ( kalau nak )
  • 1 paket mozarella cheese ( beli kat kedai buat kek murah )
  • Italian herbs ( kalau nak )
  • garam & lada hitam
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 4 ulas bawang putih - potong dadu
  • 1 kotak kepingan lasagna ( tak perlu rebus dulu )

Cara-cara

  1. bawang besar dan bawang putih ditumis.
  2. Masukkan daging / ayam kisar dan goreng sebentar. Masukkan sos bolognese, garam, lada hitam, Italian herbs, mix vegetables dan cendawan. Masak hingga hampir kering, jangan terlalu berair.
  3. Sediakan baking dish yang nak digunakan dengan menyapu sedikit butter / magarine di keliling.
  4. Taburkan satu lapisan nipis daging kisar tadi di bawah baking dish.
  5. Kemudian letak satu lapisan kepingan lasagna. Pastikan seluruh lapisan daging tadi ditutup.
  6. Di atas lapisan kepingan lasagna letakkan satu lapisan sup cendawan
  7. Di atas lapisan sup cendawan letak satu lapisan sup tomato pula.
  8. Di atas lapisan sup tomato ulangi dengan satu lapisan daging dan ulangi langkah 4 - 7 . Pastikan lapisan paling atas adalah lapisan sup tomato. ( jangan buat banyak sangat lapisan nanti tinggi sangat )
  9. Di atas lapisan sup tomato taburkan mozarella cheese. ( Lagi banyak lagi sedap ) Taburkan Italian herbs di atas cheese.
  10. Bakar dalam oven dengan suhu 180 C selama 15 - 20 minit . Nak test kalau dah masak cucuk bahagian tengah hingga ke bawah kalau kepingan lasagna tak keras lasagna sudah masak. Pastikan cheese tak hangus!
-NURUL ALYA SALBIAH BT CHE AHMAD

SAKIT PERUT BAERJANGKIT

Sakit perut berjangkit

Jika mengalami sakit perut, anda mungkin menyangka ia akibat anda tersalah makan dan berharap ketidakselesaan itu pulih tidak lama kemudian. Namun, tahukah anda, ada sejenis kuman yang menyebabkan penyakit perut dinamakan Helicobacter pylori (H pylori)?

Saintis Jerman menemui H pylori dalam perut manusia pada 1875 manakala saintis Itali menjumpainya dalam perut anjing pada 1893.

Barry Marshall dan Robin Marshall yang pertama mengasingkan kuman itu pada 1981, dan menumbuhkannya. Mereka percaya kuman itu menyebabkan penyakit perut.

Kuman itu berbentuk rod dan berflagela (bebenang halus panjang seperti cemeti tersemat pada sel tertentu) dan berada di atas dinding perut dekat antrum (bahagian hujung perut). Mereka yang berusia lebih 50 tahun berisiko mendapat jangkitan kuman itu.

Ia boleh tumbuh selepas tiga hari pada agar-agar darah dalam makmal yang terkawal. Ujian genetik untuk kuman itu berguna pada masa akan datang kerana mungkin vaksinasi baru boleh direka untuk menghalang kuman itu membiak dalam perut manusia.

Perunding Bedah Am Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Chan Kin Yoong, berkata bakteria ini biasanya tidak mendatangkan masalah pada peringkat kanak-kanak.

Jika menjangkiti kanak-kanak, dia mungkin mengalami gejala gastritis, termasuk loya, muntah dan sakit di perut. Bagaimanapun, ia mungkin tidak disedari pesakit kerana tiada gejala jelas, malah gejala sama turut dialami ketika berdepan banyak penyakit lain.

Jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada penyakit penghadaman, termasuk gastritis iaitu kerengsaan dan radang pada lapisan perut dan penyakit ulser peptik. Kanak-kanak yang menghidap ulser peptik boleh mempunyai luka berdarah, hematemesis menyebabkan muntah berdarah atau muntah yang kelihatan seperti serbuk kopi dan melena iaitu najis hitam, berdarah atau kelihatan seperti tar.

Pesakit lebih menderita kesakitan ketika perut kosong. Ia perlu diatasi segera dengan mengambil makanan atau ubat anti asid. Dalam kes teruk, kuman ini mungkin boleh menyebabkan kanser perut.

Bakteria itu boleh didapati di seluruh dunia, terutama di negara membangun berbanding di negara maju. Sesiapa saja boleh dijangkiti bakteria H pylori tanpa menunjukkan gejala. Setakat ini, tiada vaksin untuk kuman ini.

Gejala dijangkiti:

* Kadangkala tiada gejala langsung

* Simptom yang biasa didapati ialah sakit di perut, rasa kembung walaupun tidak makan banyak

* Apabila penyakit ini mempunyai komplikasi, ia menyebabkan pendarahan daripada luka dinding perut atau menembusi dinding perut

* Ia menyebabkan kanser perut atau kanser esofagus

Adakah kuman mengganggu resapan zat makanan?

Tiada bukti. Sebilangan pesakit kekurangan zat besi mungkin disebabkan pendarahan luka di perut.

Adakah kuman ini berkaitan dengan penyakit jantung, alahan, diabetes, penyakit usus besar atau tiroid?

Tiada bukti untuk menyokong bahawa kuman ini mempunyai hubungan dengan penyakit berkenaan.

Adakah kuman ini berkaitan dengan kanser perut?

Risiko mendapat kanser perut ialah 0.5 hingga 2.5 peratus di kalangan pesakit yang dijangkiti kuman. Risiko lebih tinggi di Jepun dan Colombia, manakala risiko lebih rendah di Amerika Syarikat dan Australia.

Bagaimanakah kuman ini merebak?

Kuman ini didapati di air liur, gigi dan najis. Kemungkinan kuman ini merebak melalui makanan atau air yang tercemar.

Haruskah suami atau isteri pesakit turut dirawat?

Hanya 50 peratus suami atau isteri pesakit turut dijangkiti kuman ini. Mungkin sesetengah individu ada imuniti atau gaya hidup yang berbeza, lalu mengelak dijangkiti. Doktor biasanya akan menyiasat suami atau isteri pesakit jika mendapati ada gejala penyakit.

Selepas rawatan antibiotik, perlukah menjalani semula ujian endoskopi?

Ada kuman yang kebal atau tidak dapat dibunuh dengan antibiotik yang biasa diberi. Untuk memastikan kuman mati, amat penting mengulangi ujian endoskopi. Jika kuman tidak mati, antibiotik perlu diganti dengan yang lain.

Jika kuman tidak mati selepas rawatan pertama, apa harus dilakukan?

Ini berlaku mungkin disebabkan pesakit tidak mengambil ubat mengikut jadual tetapi biasanya doktor menukar antibiotik kerana kemungkinan kuman terbabit tahan dengan ubat terdahulu. Endoskopi biopsi untuk menumbuhkan kuman boleh dibuat untuk ujian antibiotik sensitiviti.

-AYUNI NAFISYA-

KHASIAT SAYUR YANG MAKSIMUM

Mendapatkan khasiat sayur yang maksimum

Banyak kelebihan yang dapat kita peroleh daripada makanan. Jika anda inginkan bekalan serat, anti oksida dan nutrien dalam diet harian, saya sarankan anda makan lebih sayur-sayur.

Ada sayur sayuran yang boleh dimakan begitu sahaja dan ada sesetengahnya perlu dimasak.

Nutrien dalam sayur-sayuran seperti vitamin dan mineral mampu meningkatkan imunisasi dalam badan serat pula dapat membantu untuk sistem pencernaan kita. Anti oksida juga dapat mempertahankan diri kita daripada serangan penyakit.

Bagi mendapatkan khasiat sayur yang maksimum yang kita makan anda perlulah memilih sayur-sayuran yang masih segar.

Ciri-ciri sayur yang segar boleh dilihat dari warnanya yang terang contohnya jika sayur itu berwarna merah maka warna merahnya tidaklah kusam.

Tekstur sayur yang masih segar kelihatan masih keras, rapuh dan tidak lembik atau layu.

Tiada kesan lebam dan busuk pada sayur-sayur disebabkan kesan hempap atau daripada ulat.

Apabila kita memilih sayur untuk dibeli sebaik-baiknya kita melihat rupanya. Janganlah anda mengambil dan terus membeli tanpa memilih terlebih dahulu.

Sebenarnya, memasak sayur perlukan ketelitian agar khasiat sayur dapat dipelihara. Oleh kerana sayur mengandungi vitamin maka ada vitamin yang terkandung akan mudah hilang jika tiada perhatian yang teliti ketika kita menyedia dan memasak sayur.

Vitamin B dan C dalam sayur umpamanya akan mudah hilang dengan suhu yang melampau.

Jika anda merendamkan sayur sebelum anda ingin memasaknya adalah perlu untuk anda tidak merendam sayur terlalu lama kerana ada vitamin mudah menyerap dan hilang dalam air rendaman. Sayur perlulah dibasuh dengan betul agar segala pasir dapat dihilangkan.

Setiap sayur boleh dimasak dengan pelbagai cara masakan sama ada direbus, digoreng, dibakar dan sebagainya mengikut kesesuaian.

Apa yang paling penting janganlah memasak sayur sehingga menjadi terlalu lembik dan warnanya menjadi pudar kerana ini akan menyebabkan sayur akan hilang vitamin dan warnanya akan menjadi tidak menarik.

Setiap sayur mempunyai kekerasan dan saiz yang berbeza jadi kemasakannya juga berbeza oleh itu sayur yang dipotong perlulah lebih kurang sama saiznya supaya kadar kemasakannya adalah sama.

Biarkan air mendidih dahulu sebelum anda mencelur sayur dan rendamkan dalam air berais sebaik selepas mencelur bagi menghentikan proses kemasakan pada sayur itu.

Tapiskan sebelum anda menggunakan sayur untuk dimasak kemudian.

Sayur yang dikukus akan masak apabila ia mula berwap. Apabila anda memasak sayur ia boleh dilihat sama ada ia telah masak atau tidak dari warnanya, sebaiknya anda ambil secebis sayur itu dan cuba makannya sama ada ia sudah masak atau tidak.

Sayur yang sudah cukup masak perlu berasa lembut dan rapuh dan mudah dikunyah tetapi masih.

Simpanlah sayur yang segar di tempat yang dingin dan jangan dibiarkan terlalu lama di luar .

Jika anda mahu memotongnya dahulu sebelum masak anda boleh berbuat demikian tetapi selepas itu simpanlah di dalam peti sejuk sebelum anda memasaknya.

Oleh kerana sayur-sayuran merupakan sebahagian daripada diet kita yang amat penting, maka mustahak untuk kita tahu bagaimana untuk menyediakannya dengan pelbagai cara yang betul kerana banyak manfaat yang boleh kita dapat.

Jika tidak kita akan hanya makan sayur hijau yang mentah sahaja.

-AYUNI NAFISYA-

RESEPI SPAGETTI BOLOGNESE


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional)
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju parmesan – untuk menghidang
  • NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
  • NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
  7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
  8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
  10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!
-NURUL ALYA SALBIAH BT CHE AHMAD

TANDA AWAL KANSER

Tanda-tanda awal kanser

Tanda-tanda awal kanser

1. Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan

2. Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada

3. Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air

4. Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan

5. Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit

6. Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak

7. Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam

8. Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti

9. Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan

10. Kanser darah (leukimia) - letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat efeksi

11. Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher

PENYEBAB UTAMA KANSER

1. Makanan

2. Tembakau

3. Alkohol

4. Radiasi

5. Sinaran cahaya matahari

6. Pekerjaan

7. Pengambilan ubat

8. Pencemaran air dan udara

9. Perokok yang tidak aktif

10. Keturunan

TEH DAN KANSER

Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di nagara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya.

Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

-SITI KHATIJAH-

RESEPI KEK COKLAT (KUKUS)


Bahan-bahan ( 8 in )

  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu segar perisa coklat
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur

Cara-cara

  1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
  4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
  6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
  7. Angkat dan sejukkan.
-NURUL ALYA SALBIAH BT CHE AHMAD

PEMAKANAN BERKHASIAT ELAK PENYAKIT

Pemakanan berkhasiat
Kita selalu sangat dengar ungkapan bahawa cara pemakanan seseorang itu melambangkan tabiat, sikap atau keperibadian seseorang itu.

Ini membuktikan corak pemakanan itu sangat penting dalam kehidupan seseorang kerana cara pengambilan makanan berkhasiat menjamin kesihatan yang sejahtera dan membantu menghindari sebarang penyakit.

Dalam memilih makanan berkhasiat ramai keliru dengan apa yang dimaksudkan pemakanan sihat dan hanya menganggap buah-buahan atau sayur-sayuran paling berkhasiat, sedangkan hakikatnya ia lebih daripada itu.

Lebih membimbangkan, sikap kurang prihatin mengenai pemakanan sihat menyumbang kepada pelbagai penyakit berkaitan makanan termasuk obesiti.

Dengan harga barangan keperluan yang semakin meningkat berikutan penstrukturan semula subsidi minyak sekarang, seseorang itu perlu bijak menyediakan menu alternatif dengan menggunakan bahan lebih murah, tetapi mempunyai khasiat sama.

Garis panduan pertama yang perlu diikuti dalam amalan pemakanan sihat ialah setiap individu harus menikmati pelbagai jenis makanan setiap hari termasuk bijirin, buah, sayur, daging, ayam, kekacang, susu, lemak dan minyak.

Corak pengambilan makanan berkhasiat perlu dilakukan mengikut kuantiti tertentu berdasarkan empat peringkat Piramid Makanan.

Peringkat pertama dalam pengambilan makanan adalah bijirin diikuti buah dan sayur yang berada pada peringkat kedua dan seterusnya susu, dadih, keju, ikan, daging dan kekacang yang berada di peringkat ketiga.

Produk yang paling sedikit diperlukan tubuh berada pada peringkat pertama iaitu di puncak dan ia adalah lemak, minyak, gula serta garam.

Setiap individu perlu mengekalkan berat badan sihat dengan mengimbangkan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal.

Sebelum menyediakan atau mengambil setiap hidangan, ketahui nilai kalori dan pastikan hidangan yang dimakan sepanjang hari tidak melebihi nilai kalori diperlukan badan kerana ia akan menambahkan berat.

Mengambil hidangan bijirin dan buahbuahan serta sayur-sayuran juga, amat penting kepada tubuh kerana ia adalah sumber vitamin yang lengkap, tetapi ia perlu diambil dalam kuantiti yang betul.

Panduan pemakanan berkhasiatKurangkan penggunaan lemak dalam penyediaan makanan dengan mengehadkan pengambilan makanan bergoreng dan menggunakan sedikit minyak ketika memasak.

Pengambilan lemak sepatutnya tidak melebihi 30 peratus jumlah kalori harian dan jika berlebihan, ia akan membentuk plak pada dinding saluran darah sehingga menyebabkan salur darah tersumbat. Cara lain bagi mengurangkan pengambilan lemak ialah dengan menyediakan makanan rendah lemak dan memilih makanan rendah kolesterol.

Garam juga perlu diambil secara sederhana bagi mengelak penyakit darah tinggi, tetapi ia perlu ada dalam hidangan bagi keperluan tubuh.

Dalam sehari, manusia hanya memerlukan 500 mg garam sedangkan mengikut ukuran satu sudu teh adalah bersamaan 2,100 mg garam. Jadi, untuk mengelak penggunaan berlebihan, pelbagai produk lain boleh digunakan sebagai sumber alternatif seperti MSG, kicap soya dan sos.

Elakkan juga penggunaan garam ketika menyedia dan memasak makanan dan elakkan menabur garam ketika menghidangkan makanan.

Hadkan penggunaan sos dan serbuk perasa serta kurangkan kekerapan menghidang telur masin, ikan masin, sayur jeruk dan makanan diproses.

Kurangkan penggunaan gula dalam masakan dan pilih makanan yang rendah kandungan gula. Walaupun gula tidak mempunyai nutrien, ia penting dalam membekalkan tenaga. Setiap individu memerlukan 50 mg gula sehari, tetapi pengambilan berlebihan boleh menyebabkan kegemukan.

Kajian Kementerian Kesihatan mendapati penduduk berumur 18 hingga 59 tahun mengambil 21 gm gula pasir sehari (bersamaan 4 sudu teh) dan mereka juga cenderung mengambil 30 gm susu pekat manis sehari (bersamaan 3 sudu teh) untuk ditambah ke dalam minuman.

Panduan terbaik menyajikan hidangan rendah gula, adalah dengan menyediakan minuman dengan gula atau susu rendah lemak secara berasingan, selain mengelak daripada menyalut kek dengan gula atau ising serta menambah gula dalam jus buahan.

Paling penting, setiap individu perlu minum enam hingga lapan gelas air sehari walaupun tidak merasa dahaga. Air adalah bahan penting untuk fungsi fisiologi di dalam badan, mengekalkan suhu badan dan pengeluaran bahan sisa daripada badan.

Elak daripada meminum teh tarik ketika makan nasi atau menikmati hidangan kerana ia boleh membantutkan pembentukan hemoglobin (sel darah merah) dan akhirnya mengundang penyakit.

Teh boleh diminum, tetapi dengan syarat dua jam selepas seseorang itu selesai makan nasi atau menikmati hidangan.

-SITI KHATIJAH-

RESEPI KEK BATIK


Bahan-bahan ( loyang 7/8" )

  • 1 bungkus (350g) biskut marie
  • Setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula
  • ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara

  1. patah2kan biskut
  2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
  3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
  4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
  5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
  6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang
-NURUL ALYA SALBIAH BT CHE AHMAD

PANTUN BUAT IBU


Rumah kecil bertiang seribu,
Beras perang sudah bertanak;
Embun cinta seorang ibu,
Menyegar kasih sayang anak.
Tun Fatimah tersebut riwayat,
Legenda hebat tak terhingga;
Kasih ibu sepanjang hayat,
Kasih sayang hingga ke syurga.
Kuliah agama hari Rabu,
Bincang pula bab syurga;
Tidak ternilai kasih ibu,
Nilai intan bukan harga.
Ulam-ulaman nasi kerabu,
Segar enak beli di pasar;
Kasih sayang terhadap ibu,
Derhaka itu dosa besar.
Hujan menimpa atas batu,
Hujan pula di tengah hari;
Seorang ibu hanyalah satu,
Tiada pengganti jika dicari.
-Nurul Alya Salbiah Binti Che Ahmad