Thursday 21 June 2012

Nakhoda Tanggang

   Si Talang dan isterinya Si Deruma tinggal di sebuah kampung yang terpencil. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Si Tanggang suka berburu dan mendayung sampan. Pada suatu hari, dia mendayung sampan menyusuri sungai sehingga sampai ke muara. Di muara sungai, terdapat sebuah kapalsedang berlabuh. Nakhoda kapal itu tertarik hati lalu mengarahkan orang suruhannya menangkap Si Tanggang. Akhirnya, Si Tanggang ditangkap dan telah dibawa belayar.
   Semasa dalam pelayaran, Si Tanggang melakukan semua kerja di atas kapal itu. Kerajinannya telah menambat hati nakhoda lalu mengambilnya sebagai anak angkat. Akhirnya, Si Tanggang telah dikahwinkan dengan anaknya. Kemudian Si Tanggang telah dilantik sebagai nakhoda baru dan Nakhoda Tanggang. Pada suatu petang, setelah jauh belayar, Nakhoda Tanggang telah mengarahkan anak kapalnya berlabuh di sebuah muara sungai. Kebetulan pula tempat kapal itu berlabuh ialah kampung asal Si Tanggang. Beberapa orang penduduk kampung telah ternampak Nakhoda Tanggang lalu memberitahu ibunya. Ibunya segera menemui Nakhoda Tanggang kerana dia terlalu merindui anaknya itu. Namun begitu, Nakhoda Tanggang telah menghalau ibunya. Ini kerana keadaan ibunya yang miskin dan uzur.
     Ibunya, Si Deruma berasa sedih dan pilu kerana Si Tanggang anak yang dilahirkan dan disusuinya telah melukakan hatinya. Dia memandang ke langit sambil mengangkat kedua-dua tangannya dan berseru, "Oh Tuhan!Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya"
      Tiba-tiba petir berdentumdan angin bertiup dengan kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu terumbang-ambing dipukul ribut. Keadaaan pada masa itu sungguh cemas. Ketika itu barulah Nakhoda Tanggang berasa sangat kesal. Dia insaf bahawaTuhan telah memperkenankan doa ibunya.
      "Oh Ibu!Ampunkanlah anakanda"tetapi sudah terlambat Gelombang yang kuat telah memecahkan kapalnya. Setelah ribut reda,kapal yang pecah dan anak-anak kapal termasuk Tanggang telah bertukar
menjadi batu. Itulah balasan kepada anak yang derhaka.
 buku teks pendidikan sivik dan kewarganegaraan
                                               -ayuni nafisya bt abu bakar-

No comments:

Post a Comment