Saturday 31 March 2012

IDENTITI DIRI

       Setiap individu mempunyai identiti diri. Identiti diri memberikan satu gambaran keseluruhan tentang seseorang dan matlamat hidup yang ingin dicapainya. Setiap orang mempunyai identiti diri yang berbeza dengan identiti diri orang lain.
       Dalam membina identiti diri,seseorang individu akan berusaha mengembangkan potensi diri. Potensi yang dimiliki oleh setiap individu merujuk kepada bakat, kebolehan dan kekuatan yang ada dalam dirinya. Kadangkala, seseorang itu tidak menyedari tentang potensi yang ada dalam dirinya. Potensi diri boleh dipupuk dan diasah melalui pendidikan dan latihan secara berterusan.
        Setiap orang memiliki potensi untuk mengembangkan diri sendiri dalam semua aspek, iaitu intelek, jasmani, emosi dan rohani. Intelek ialah daya fikir yang meliputi ciri-ciri kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira. Selain itu, intelek juga merangkumi aspek berfikir secara kreatif dan kritis,meningkatkan ilmu pengetahuan dan memanfaatkan untuk diri dan orang lain. Rohani berkait rapat dengan sifat menyedari adanya Pencipta mensyukuri pemberian Pencipta dan berusaha ke arah pembentukan aklak yang mulia. Emosi ialah perasaanyang meliputi ciri-ciri seperti tenang, tingkah laku terkawal,perasaan kasih sayang, semangat kekitaan dan perpaduan serta menghargai keindahan. Manakala,jasmani memberikan tumpuan kepada perkembangan tubuh badan yang sihat dengan menjaga kesihatan badan, melakukan riadah, mengembangkan bakat dan kemahiran manipulatif serta berusaha meningkatkan daya pengeluaran.
        Seseorang yang empunyai identiti diri yang positif akan yakin terhadap kebolehan dirinya akan sentiasa mengembangkan potensinya ke tahap yang cemerlang. Perkembangan potensi diri akan membolehkan seseorang mencapai kejayaan dan kesejahteraan dalam kehidupan dan masyarakat.


                                                          -AYUNI NAFISYA BT ABU BAKAR-

  

No comments:

Post a Comment