Thursday 29 March 2012

PERSEKITARAN MEMPENGARUHI REMAJA

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,barisan para hakim yang bijaksana,barisan pembangkang yang dihormati,guru-guru,serta rakan - rakan pelajar. "Persekitaran mempengaruhi remaja" , begitulah tajuk perdebatan kita pada hari ini,.
Hadirin sekalian,
            Sebelum saya berhujah menegakkan kebenaran, izinkan saya menghuraikan pengertian tajuk sebagai pembuka bicara. Berdasarkan Kamus Dewan , persekitaran bermaksud menggunakan kuasa ke atas sesuatu , sementara remaja ialah golongan yang sudah akil baligh atau mulai dewasa. Persekitaran remaja merupakan tempat dan unsur di sekelilingnya seperti keluarga , rakan sebaya , dan alam persekolahan yang dekat dengan hidup remaja.
            Remaja yang meningkat dewasa lazimnya dalam proses membentuk identiti diti. Oleh itu , persekitaran yang hampir dengan mereka menjadi acuan. Persekitaran yang baik seperti keluarga yang bahagia serta rakan yang bersikap positif membentuk remaja yang berperibadi mulia dan berkeyakinan tinggi. Sebaliknya , persekitaran yang tidak baik seperti keruntuhan institusi keluarga dan rakan sebaya yang bermasalah membentuk remaja yang bermasalah juga.
Hadirin yang dihormati,
           Media cetak dan media elektronik seperti internet juga boleh mempengaruhi remaja disebabkan maklumat tanpa batasan. Tanpa bimbingan agama dan nilai moral yang betul, remaja boleh terikut-ikut dengan budaya yang tidak sihat lantas berubah menjadi liar dan tidak bermoral. Taraf hidup juga memainkan peranan. Tempat tinggal yang sempit dengan adik - beradik yang banyak memungkinkan remaja mencari ketenangan di luar rumah , seterusnya cenderung terjebak dalam aktiviti yang tidak bermoral.
        Berdasarkan hujah-hujah ini , bolehlah kita simpulkan bahawa faktor persekitaran memang mempengaruhi remaja.Baik atau buruknya remaja bergantung kepada baik atau buruknya keadaan di sekelilingnya.Sekian, terima kasih.
-NURUL ALYA SALBIAH BT CHE AHMAD

No comments:

Post a Comment