Thursday 29 March 2012

Tips Tidur Yang Baik


Tidur suatu perkara yang best kan? Waktu tidur merupakan masa kita untuk merehatkan diri, menenangkan fikiran dan jugak memperbaiki sel-sel badan. Hinggakan ramai yang mengidamkan tidur yang berkualitiGaya tidur pun macam-macam variasi, macam-macam gaya. Ada yang tidur mengiring tak kiralah mengiring ke kanan ke kiri, terlentang, tertangkup, membengkok dan macam-macam lagi. Tapi satu je saya nak kongsi tips tidur yang baik iaitu kebaikan tidur di bahagian rusuk kanan nih. Idea datang masa nak tidur malam tadi, kebetulan teringat petang semalam semasa bershopping sempat menyelak sebuah buku berkaitan kesihatan di sebuah kedai. Baca je la tapi tak beli pun. Hehe.
Apa kebaikan tidur di rusuk kanan nih ye? Sebenarnya tidur mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan nih merupakan cara tidur yang baik dan ia juga merupakan posisi tidur yang diamalkan oleh baginda Rasulullah SAW. Kebaikannya plakbila kita tidur mengiring di rusuk kanan nih ialah ia dapat menetapkan kedudukan makanan yang kita makan di malam hari dan jugak ia membantu mencernakan makanan itu dengan lebih cepat. Makanan itu cepat hadam, so kita takkan berasa senak atau mengalami apa-apa masalah dengan perut kita. Selain itu, ia jugak baik untuk kesihatan jantung dan paru-paru kita semua. Ia memudahkan pernafasan kita, aliran pernafasan kita menjadi lancar. Jika dibanding dengan tidur terlentang dan jugak tertangkup, aliran pernafasan kita akan mudah tersekat sebab kedudukan jantung ditimpa oleh organ badan. Denyutannya terganggu dan jadi lambat. Tuh je yang dapat diingat dan dikongsi. =)
-NUR RUSYDA BINTI ABAS-

No comments:

Post a Comment