Thursday 26 April 2012

 
 
Kebaikan Menabung Wang
 
Pada zaman globalisasi dan modenisasi ini, kehidupan adiwangsaMalaysia menjadi semakin maju dan memerlukan penggunaan kos hidupyang tinggi. Untuk mencapai keselesaan dalam kehidupan ini, kita bukansahaja perlu bersedia secara mental dan fizikal malah aspek kewangan jugatidak boleh dipinggirkan. Oleh yang demikian, sebagai langkah persediaanuntuk masa depan, amalan perlulah bermula dari awal iaitu kita kecil lagikerana pepatah Melayu juga mengatakan bahawa melentur buluh biarlah darirebungnya. Wang ini boleh disimpan di dalam bank atau juga di dalamtabung. Wang yang disimpan itu boleh diibaratkan sebagai sedikit-sedikitlama-lama menjadi bukit. Oleh yang demikian, sudah pastilah amalanmenabung wang akan mendatang impak yang positif terhadap kita padamasa hadapan.Antara kemaslahatan menabung wang adalah untuk persediaan masadepan khususnya dalam pelajaran. Sebagai seorang pelajar, wang amat penting untuk menampung perbelanjaan persekolahan seperti membeli buku- buku rujukan, membeli alat-alat tulis, membayar uran sekolah dan yurankelas bimbingan luar. Semua ini memerlukan wang yang banyak, lebih-lebihlagi apabila pelajar itu berjaya dalam peperiksaan, mereka akanmenyambung pelajaran di peringka yang lebih tinggi seperti di menaraganding, di kolej dan di institusi pendidikan swasta yang lain. Semakintinggi pendidikan seseorang itu, maka semakain banyaklah wang yangdiperlukan. Oleh hal yang demikian, jika kita memiliki amalan menyimpanwang sejak kecil lagi, sudah pastilah masalah ini akan dapat diatasi apabilakita bersiap sedia lebih awal lagi.Di samping itu, wang yang telah ditabung juga boleh dijadikansebagai persediaan untuk kegunaan segera apabila berlaku sebarang keskecemasan. Bak kata pepatah malang tidak berbau, nasib buruk seseorangitu sukar dijangkakan oleh sesiapa. Oleh itu, inisiatif bersiap sedia perlulahdiambil jika perkara yang tidak diingini itu menimpa diri kita atau ahlikeluarga yang lain. Antara contoh kes kecemasan itu ialah gangguankesihatan, ditimpa bencana alam sepert banjir kilat, gempa bumi dan tanahruntuh serta juga tragedi kemalangan jalan raya. Oleh itu, sekiranya kitasudah bersedia lebih awal menyimpan wang ibarat sediakan payung sebelumhujan, sudah pasi masalah ini dapat diatasi.

                                           -NUR RUSYDA BT. ABAS- 

No comments:

Post a Comment