Tolong-menolong Dalam Kebaikan Dan Ketaqwaan
Bab 21
Tolong-menolong Dalam Kebaikan Dan Ketaqwaan
Allah Ta’ala berfirman:
“Dan tolong-menolong engkau semua atas kebaikan dan ketaqwaan.” (al-Maidah: 2)
Allah Ta’ala juga berfirman:
“Demi
masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang
yang beriman dan mengerjakan amalan-amatan shalih, juga suka sating
pesan-memesan dengan kebenaran serta saling pesan-memesan dengan saling
kesabaran.” [13] (al-’Ashr: 1-3)
Imam
as-Syafi’i rahimahullah mengucapkan suatu uraian yang maksudnya ialah
bahawasanya seluruh manusia atau sebahagian besar dari mereka itu
terlalai untuk memikir-mikirkan isi kandungan surah ini.
178. Dari Abdur Rahman bin Zaid bin Khalid al-Juhani r.a., katanya: “Nabiullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa
yang memberikan persiapan – bekal – untuk seseorang yang berperang
fi-sabilillah, maka dianggaplah ia sebagai orang yang benar-benar ikut
berperang – yakni sama pahalanya dengan orang yang ikut berperang itu.
Dan barangsiapa yang meninggalkan kepada keluarga orang yang berperang –
fi-sabilillah – berupa suatu kebaikan – apa-apa yang dibutuhkan untuk
kehidupan keluarganya itu, maka dianggap pulalah ia sebagai orang yang
benar-benar ikut berperang.” (Muttafaq ‘alaih)
179.
Dari Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengirimkan
suatu pasukan sebagai utusan untuk memerangi Bani Lihyan dari suku
Hudzail, lalu beliau bersabda: “Hendaklah dari setiap dua orang
berangkat salah seorang saja dari keduanya itu -maksudnya setiap
golongan supaya mengirim jumlah separuhnya, sedang separuhnya yang
tidak ikut berangkat adalah yang menjamin kehidupan keluarga dari orang
yang ikut berangkat berperang itu, dan pahalanya adalah antara keduanya
– ertinya pahalanya sama antara yang berangkat dengan yang menjamin
keluarga yang berangkat tadi.” (Riwayat Muslim)
180.
Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w.
bertemu dengan sekelompok orang yang berkenderaan di Rawha’ – sebuah
tempat di dekat Madinah, lalu beliau bertanya “Siapakah kaum ini?”
Mereka menjawab: “Kita kaum Muslimin.” Kemudian mereka bertanya:
“Siapakah Tuan?” Beliau menjawab: “Saya Rasulullah.” Kemudian ada
seorang wanita yang mengangkat seorang anak kecil di hadapan beliau lalu
bertanya: “Adakah anak ini perlu beribadat haji?” Beliau menjawab: “Ya
dan untukmu – wanita itu – juga ada pahalanya.” (Riwayat Muslim)
181. Dari Abu Musa al-Asy’ari r.a. dari Nabi s.a.w. bahawasanya beliau s.a.w. bersabda:
“Juru
simpan yang Muslim dan dapat dipercaya yang dapat melangsungkan apa
yang diperintahkan padanya, kemudian memberikan harta yang disimpannya
dengan lengkap dan cukup, juga memberikannya itu dengan hati yang baik –
tidak kesal atau iri hati pada orang yang diberi, selanjutnya
menyampaikan harta itu kepada apa yang diperintah padanya, maka
dicatatlah ia – juru simpan tersebut – sebagai salah seorang dari dua
orang yang bersedekah – juru simpan dan pemiliknya.” (Muttafaq ‘alaih)
Dalam riwayat lain disebutkan:
“Yang memberikan untuk apa saja yang ia diperintahkan.” Para ulama lafaz almutashaddiqain dengan
fathah qaf serta nun kasrah, kerana tatsniyah atau sebaliknya –
kasrahnya qaf serta fathahnya nun, kerana jamak. Keduanya shahih.
-HANIS SYAMIRA BT HAJARUL SOFIAN-
No comments:
Post a Comment