Wednesday 18 April 2012

                         PANTUN NASIHAT

jalan – jalan mencari makan
asam pedas jadi pilihan
budi yang baik jadi ikutan
di sayang guru juga rakan

sarapan pagi minum susu
di hidang bersama roti dan kaya
membuat keputusan jangan terburu
supaya hidup selamat sejahtera.

adik berbisik mahu berahsia
ibu mendengar tanpa jemu
kalau mahu hidup bahagia
penuhkan  ilmu di dadamu    



                  -NUR RUSYDA BT. ABAS-

No comments:

Post a Comment