Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Kelahiran Nabi Muhammad bukanlah satu
kelahiran insan biasa sepertimana yang dinyatakan oleh sesetengah pihak.
Baginda adalah insan teristimewa yang dinyatakan sebelum kelahirannya
dan selepas kelahirannya. Pastinya Baginda adalah insan terpilih dan
terpuji melebihi insan-insan lain semenjak di dalam kandungan
sehinggalah baginda wafat.
Semasa kelahiran Nabi Muhammad
s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan
satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi
Isa dan Musa.
Keadaan ini diterangkan dalam
kitab Taurat dan Injil bah.awa akan datang seorang nabi pada akhir
zaman.Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya
keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke
Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah
bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.
Ada juga yang berpendapat bahawa
cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan
oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu
cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.
Aminah sendiri melihat baginda
dalam keadaan terbaring dengan dua tangannya mengangkat ke langit
seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun
menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah
dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah
yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.
Selepas itu awan tersebut lenyap
daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan
dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke
tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua
makhluk.Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala
yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.
Menurut riwayat daripada Abdul
Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh
dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari
dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan
membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini
dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.
''Selain itu di tempat yang lain
pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai
tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini
merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.
Namun, api di negara Parsi yang
tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan
sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang
dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.
Dalam waktu yang sama, pada
malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke
dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap
sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib
sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh
oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali
menghijau setelah mengalami kemarau.
Begitu juga binatang ternakan
seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak
pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian
baginda.Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan
kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.
-HANIS SYAMIRA BT HAJARUL SOFIAN-
No comments:
Post a Comment