Sunday 22 April 2012

KEBERSIHAN

Kebersihan itu separuh daripada iman.
Ucapan zikir Alhamdulillah memenuhi neraca timbangan.
Ucapan zikir Subhaanallah dan Alhamdulillah,
kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi.
Solat itu adalah cahaya.
Sedekah itu adalah bukti.
Sabar itu adalah sinaran.
Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu.
Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya;
ada yang memerdekakan dirinya
dan ada pula yang mencelakakan dirinya.


(Hadith Riwayat Muslim)



1. Kebersihan Adalah Separuh Daripada Iman

Menurut Imaam Ibnu Rajab, terdapat beberapa pendapat tentang maksud at-Tuhur dan Syutur. Pendapat pertama adalah 'membersihkan diri daripada dosa' manakala pendapat kedua adalah wudhu'. Ibnu Rajab menyokong pendapat kedua kerana 2 sebab;
-Terdapat hadith lain yang menghubungkan at-Tuhur dengan wudhu',
-Imam Muslim juga telah meriwayatkan hadith ini dalam bab wudhu'.

Syutur pula dari segi literalnya bermaksud separuh. Terdapat perbezaan pandangan tentang Syutur. Ada yang
berpandangan separuh dan ada juga yang berpandangan sebahagian.

Ibnu Rajab merumuskan maksud 'at-Tuhur separuh daripada iman' sebagai perbuatan menyucikan bahagian externa dan menyucikan jiwa (tazkyatun nafs), kedua-duanya adalah sebahagian daripada iman.

Kesimpulannya, iman itu menterjemahkan amal seorang mukmin. Salah satu petunjuk berimannya seseorang adalah dengan kesucian dan kebersihan dirinya dari luaran juga sejauh mana ia berusaha memelihara diri dari kotoran dosa.

-HANIS SYAMIRA BT HAJARUL SOFIAN-

No comments:

Post a Comment