Friday 6 April 2012

Kemerahan Mata


Keadaan-keadaan Umum
v Konjuktivitis iritasi, kimia atau toksik – Ini disebabkan oleh iritasi dari habuk, tembakau,
    klorin dari kolam mandi, minuman beralkohol yang melampau, pancaran matahari atau
    menggosok.
 Gejala-gejala - gatal, pengeluaran air mata dan kadang-kala terasa seperti
    terdapat pasir.

v Konjunktivitis Alahan – Disebakan oleh bahan alah di udara, alahan kepada kosmetik, bulu
    dari haiwan peliharaaan dll.  Mata menjadi terlalu sakit/pedih dan gatal serta mula
    mengeluarkan air mata. Lazimnya, ia disertai oleh bersin, terengah-engah dan ruam pada
    kulit. 

v Mata yang dijangkiti (Konjunktivitis berjangkit) – Konjunktivitis jenis ini adalah disebabkan
    oleh jangkitan bakteria atau virus.  Mata terlekat bersama, terutamanya apabila bangun
    dari tidur di awal pagi. Terdapat nanah dan rasa pedih dan berpasir. Konjunktivitis jenis ini
    boleh merebak kepada ahli-ahli keluarga dan kenalan-kenalan yang lain.  

v Mata yang kering. Ini disebabkan olah kurangnya penghasilan air mata yang mencukupi. Ia     lebih biasa dijumpai pada warga tua dan boleh disebabkan oleh pengambilan ubat-ubat
    tertentu. Mata yang merah tidak harus diabaikan. Anda harus dirawat. Runding dengan     doktor atau pegawai farmasi anda.

Penting

Oleh kerana mata merah boleh menjadi tanda amaran untuk penyakit-penyakit mata yang serius, runding dengan seorang doktor jika mana-mana keadaan yang biasa berlanjutan melebihi dua hari atau jika terdapat mana-mana di antara gejala-gejala berikut :-
v Ketidakselesaan di cahaya terang (fotofobia).
v Pandangan yang kabur.
v Kemerahan serta-merta sekeliling iris (bahagian mata yang hitam) berbanding seluruh     bahagian putih pada mata.
v Sakit .
v Pengeluaran nanah. 

Pengendalian kendiri mata merah yang mudah

v Rehatkan mata dan elakkan cahaya terang.
v Masukkan beberapa titisan ubat titis mata untuk melegakan kepedihan atau iritasi (runding
    dengan pegawai farmasi anda).

v Mata yang kering – jika mata masih kering untuk 3 hari walaupun dengan penggunaan ubat     titis mata selepas berunding dengan pegawai farmasi anda, runding dengan doktor anda.

Pengguanan ubat-ubat mata

v Bersihkan mata.
v Basuh tangan.
v Dongakkan kepala ke belakang.
v Tarik kelopak mata ke bawah.
v Pandang ke atas dan titiskan satu titis. Untuk salap, picitkan lebih kurang 4mm. Jangan
    biarkan bekas menyentuh mata. Letakkan salap pada sudut dalaman mata.

v Tutup mata secara lembut untuk beberapa minit.
v Basuh tangan semula.

Tabiat-tabiat untuk diikuti

v Pakai cermin mata berenang di kolam yang berklorin atau kotor.
v Pakai cermin mata gelap untuk melindungi dari pancaran matahari yang terang.
v Gunakan kawasan tidak merokok di restoran-restoran, kapal terbang dan di tempat kerja.
v Cuba kenalpasti dan elakkan benda-benda yang menyebabkan alahan.
v Organisma boleh membiak di dalam produk mata yang terbuka. Jangan gunakan cecair     dan salap yang telahpun dibuka melebihi sebulan, kecuali dinasihat sebaliknya oleh
    pegawai farmasi anda.

Elakkan

v Menggosok mata anda.
v Merokok dan bilik yang berisi asap.
v Menggunakan produk mata yang dipreskripsi untuk orang lain.
v Pengambilan minuman beralkohol yang melampau
v Mengabaikan gejala-gejala yang serius.
Jaga diri anda dan penglihatan anda.

-NURAIN BINTI ROSLI-

No comments:

Post a Comment