TIP BELAJAR
1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar –
pasangkan betul-betul niat, untuk apa anda belajar, kenapa pula anda
study. Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit
kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar
untuk menggapai matlamat anda itu. Tak ada orang malas yang boleh
berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke
suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa
pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya
bukanlah masalah.
2. Lakukanlah dengan minat
– Setiap kerja yang kita lakukan, mesti bersama minat. Nasihat saya,
lakukanlah juga studi ini dengan minat, mesti tak ngantuk punya.
Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya study? Ya, sebut aje study,
semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran
anda supaya anda jadi minat. Tulis kata-kata semangat di dinding. Buat
nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa sahaja,
asalkan anda jadi lebih semangat untuk belajar.
3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek
– Belajar dalam jangka waktu yang pendek. Ini penting. Lepas sejam
seeloknya, berhenti sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat pun tak
apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel,
komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat
study anda. Buat macam ni selalu, dan anda akan rasa anda tak akan jemu
untuk menelaah buku-buku pelajaran anda. Percayalah!
4. Dapatkan tidur yang cukup –
Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ramai yang terlepas pandang. Tak
guna study berjam-jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka yang study
hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tak
sama dengan mereka yang belajar tapi tiada kualiti. Nak dapat kualiti
masa belajar, pastikan bahawa anda benar-benar segar dan cergas semasa
studi.
Anda mengantuk, kemudian anda belajar,
anda tak dapat apa-apa. Otak yang letih sukar untuk memproses segala
maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda
mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan
salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.
5. Minum air kosong –
Jadikan amalan minum air masak ni sebagai amalan harian. Makan buah
selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk
berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja study anda, air
ni selalu jadi penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia suatu
amalan dalam hidup anda, untuk anda berasa lebih cergas, lebih sihat
dalam urusan harian.
6. Ingat emak ayah –
Semua orang bila ingat mak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu yang
mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada
seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibunya. Jadi,
bila nak studi ni, ingatlah emak ayah. Ingat pengorbanan mereka masa
kecil-kecil. Percayalah, semangat anda tak akan luntur bila jiwa mereka
sentiasa bersama anda-NUR RUSYDA BT. ABAS-
No comments:
Post a Comment