Sunday 1 April 2012

UCAPAN SEMPENA PROGRAM NILAM

       Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada yang di hormati Tuan Pengetua, guru-guru penolong kanan , guru- guru dan rakan pelajar sekalian. Saya berasa amat berbesar hati kerana diberi kesempatan untuk berucap dalam majlis ini sebagai mewakili rakan - rakan pustakawan yang lain.
Hadirin sekalian,
      Seperti yang kita telah sedia maklum, program Nilam merupakan program memupuk minat membaca buku yang dilancarkan seluruh negara.Sekolah kita juga tidak terkecuali.Oleh hal demikian,saya berharap agar pelajar dapat benar - benar memahami objektif program ini seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang telah dirancang.
      Program Nilam bertujuan mewujudkan masyarakat membaca di negara ini , bermula dari alam  persekolahan. Perangkaan menunjukkan bahawa masyarakat rakyat Malaysia hanya membaca buku kurang daripada sebuah setahun , jauh lebih kecil berbanding dengan negara - negara maju. Membaca merupakan jambatan ilmu. Amalan membaca dapat menjana pemikiran yang kritis dan kreatif yang dapat memangkin kemajuan bangsa dan negara. Justeru , amalan ini perlu ditanamkan dalam diri dan hal inilah yang menyebabkan Program Nilam ini dilancarkan dengan tujuan mencapai misi dan visi yang digariskan oleh kerajaan.
      Dalam Program Nilam , pelajar hanya perlu membaca buku - buku dalam sebarang genre dan sebarang bahasa asalkan menambahkan pengetahuan , sebelum membuat catatan ringkas di dalam buku rekod yang disediakan. Guru - guru akan memastikan bahan yang dibaca selaras dengan yang direkodkan oleh pelajar. Buku rekod ini yang dipanggil Buku Nilam boleh dibeli di koperasi sekolah dengan harga RM 2.00 senaskah. Bahan - bahan bacaan pula boleh diperoleh pelajar dari perpustakaan sekolah atau kedai - kedai buku. Buku - buku yang dibaca boleh terdiri daripada buku ilmiah, fiksyen, atau bukan fiksyen. Bahan - bahan bacaan yang bersifat picisan tidak diambil kira.
Hadirin yang dihormati,
      Bagi menyelia program ini, bahan bacaan yang direkodkan di dalam Buku Nilam akan dikumpulkan oleh guru perpustakaan. Statistik bacaan pelajar kemudian akan dibuat dan dihantar ke pejabat pelajaran negeri masing - masing untuk tujuan penyemakan.Pelbagai ganjaran akan diberikan kepada pelajar yang banyak membaca buku sama ada di peringkat sekolah atau kebangsaan.
       Akhir kata, dengan adanya Program Nilam ini saya berharap agar para pelajar kini lebih berminat mengunjungi pusat sumber sekolah untuk mendapatkan bahan bacaan. Sebelum mengundur diri saya memohon ribuan maaf sekiranya terkasar bahasa dan tersilap kata sepanjang penjelasan saya tadi . Sekian terima kasih.
                                                                                                                                  (NURUL ALYA )

4 comments:

  1. Hi, bolehkah saya minta izin untuk menjadi ucapan ini sebagai bahan rujukan? terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih perkongsian,izin kan sy ambil sebagai panduan

    ReplyDelete
  3. Trrima.kasih atas perkongsian. Saya mohon izin utk gunakan sbg panduan sekolah saya. Smg Allah murahkan rezeki cikgu .

    ReplyDelete
  4. mohon izin untuk menggunakan teks ini

    ReplyDelete